Ahad, 15 Januari 2012

bersua kembali slps sekian lama menyepi..

salam sume....dah lama ase aq xbkk blog nie...al maklumla org bz hihihihi...bz as student bese la kn....nk dkt final bru ni bz ngn assigment yg berlambak2..kebetulan plak laptop aq masuk klinik...rosak...ble da ada laptop aq bz ngn final exam plak...ni pn tinggal dua paper je agi nk abis...pastu merdeka..hihihi..cuti sebulan je...ermmm ok la kn dr xde cuti langsung...cuti sebulan nie duk umah jela...jd suri umah sepenuh masa...tp aq kena training utk preparation nk g masum bukak sem baru nnt...this sem i'allah 3 uni akn aq pergi...harap aq akn bwk balik kjyaan lg mcm sem lps....tp yg memeningkn aq skrg aq xde team yg complete agi...need 1 person 2 join me...nk pilih bkn senang...aduhhh...sapa yg layak 2 ye....xpe la maybe nnt aq jmpe la org tu...hope so..k la aq pn xtau nk tulis apa lg..buku pn xsentuh agi mie utk exam esok..hihi...wish me luck k tata...see u all next time..

Khamis, 15 Disember 2011

mEnGApA wAnItA mEmErLuKAn lELAki

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Isnin, 7 November 2011

j0m kEnAli jEnIs sYAitAn yg diREjaM..

Saidina Umar al-Khatab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan yg mesti kita berwaspada agar tidak terjeremus ke lembah kehinaan. Berikut adalah jenis anak syaitan tersebut :



  1.  ZALITUN
    * Duduk di pasar, kedai supaya manusia hilang sifat jimat cemat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang2 yg tidak perlu.

  2. WATHIIN
    *  Pergi kpd org yg mendapat musibah supaya bersangka buruk kpd ALLAH.

  3. A'AWAN
    *Menghasut sultan,raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dgn kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulamak.

  4. HAFFAF
    * Berkawan baik dgn kaki botol. Suka menghampiri org yg berada di tempat2 maksiat.

  5. MURRAH
    *Merosakkan dan melalaikan ahli dan org yg sukakan muzik sehingga lupa kpd ALLAH. Mereka ini tenggelam dlm keseronokkan dan dunia glamour.
    MASUUD
    * Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah,gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata2 mulut.

  6. DAASIM
    * Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah. Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga.

  7. WALAHAAN
    * Menimbulkan rasa was2 dlm diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat2 kita yg lain.

  8. LAKHUUS
    * Merupakan sahabat org majusi yg menyembah api dan matahari.

Perbanyakkan istighfar kepada ALLAH agar kita sentiasa berada dlm lindunganNYA dan di jauhi dr syaitan yg di rejam...selamat beramal...

mAri Kita bErcEritA kiSah NaBi sULaimAN dgn seEkor sEmUT...

KISAH ini diceritakan oleh seorang ulamak islam yg terkenal iaitu imam ahmad bin hanbal. menurut beliau pada suatu hari nabi muhammad saw telah memberitahu sahabatnya bahawa baginda akan berkahwin dgn seorg wanita makkah. maka keesokan harinya ramailah para sahabat serta tetamu datang ke rumah rasulullah saw utk menghadiri majlis perkahwinan baginda itu. Khabarnya persediaan makanan dalam majlis itu sedikit sekali walaupun para tetamu dijemput ramai. Melihat keadaan yg demikian itu ada di antara para sahabat baginda itu telah terlanjur memperkatakan persediaan makanan yg sedikit itu. Ketika mereka berkata berkata-kata itu rasulullah sedang solat.
    
    Setelah nabi saw selesai solat, maka baginda pun keluar lalu mendapatkan para tetamu yg ramai itu. tiba2 baginda bertanya, "wahai sahabatku sekalian! apakah yg kalian mengumpat tadi." maka jawab mereka."masalah rezeki ya rasulullah!"


    Maka sambung baginda,"belum pernahkah aku menceritakan kpd kalian suatu kejadian yg telah diceritakan jibrail kpdku? tanya rasulullah saw. Maka setelah itu baginda pun berceritalah suatu kisah perihal nabi sulaiman as dgn seekor semut. Baginda pun mulalah bercerita, sabdanya. Pada suatu hari saudaraku nabi sulaiman telat bersolat di tepi sebuah pantai. Tiba2 di hadapannya lalu seekor semut yg membawa kertas hijau. Nabi sulaiman hairan melihat tingkah laku semut itu. Sedang baginda memerhatikan keadaan semut itu, binatang kecil itu menjerit sekuat hatinya. Setelah semut itu menjerit tiba2 muncul pula dari dalam laut itu seekor katak lalu berenang menuju kearah semut itu. Katak itu telah menjemput semut yg sedang berada di tepi pantai itu. Semut itu kemudian telah naik di atas punggung katak itu lalu menyelam bersama2 di dalam laut itu.


     Setelah beberapa lama kemudian kelihatan semut itu muncul semula di permukaan air laut bersama2 katak itu lagi. Melihat keadaan dua ekor binatang itu nabi sulaiman as semakin hairan. Baginda ingin sekali ingin mengetahui apa sebenarnya dilakukan oleh kedua ekor binatang itu. Maka baginda pun bertanya "hai semut, marilah engkau ke sini, aku hendak bertanyakan sesuatu," sang semut lalu menjawab, baik ya nabi allah,"patuh sekali ia kpd nabi sulaiman.


     cuba engkau ceritakan kpd ku apa yg terjadi atas dirimu tadi? perintah nabi sulaiman as.Maka semut itu pun berceritalah kpd baginda mengenai apa yg berlaku ke atas dirinya itu.


     "ya nabi allah," semut mula bercerita."sesungguhnya di bawah laut sana ada sebuah batu yg besar sekali. dalam batu yg besar itu pula ada bermacam-macam ulat yg tinggal di dalamnya. Ulat2 itu lah yg menjadi makanan ku setiap hari. kemudian dlm laut itu pula allah menciptakan raja serupa katak. katak itulah yg selalu menjemputku masuk ke dalam laut itu.Apabila aku telah sampai ke dalam laut itu, di tempat batu yg besar itu secara aneh sekali batu tadi terbelah menjadi dua.Ulat2nya kemudian keluar lalu aku memakannya. Demikianlah ya nabi allah, rahmat allah yg telah di kurniakan kpd ku.aku selau bersyukur atas kurnia yg selalu melimpah drpd allah.


     Mendengar cerita semut itu bkn main hairannya nabi sulaiman.baginda tidak menyangka sama sekali bahwa semut yg hidupnya selalu di darat itu boleh mendapat rezki dari laut.


    Demikianlah kisah yg diceritakan oleh baginda rasulullah saw kpd para sahabatnya. Dalam cerita ini terdapat satu penganjaran yg baik bg kita sekalian.Orgyg selau mempunya sangka baik terhadap allah serta bertawakkal kpdnya nescaya akan dicukupkan rezekinay oleh ALLAh SWT.

Rabu, 17 Ogos 2011

jIkA lAilAtUL qAdAr miLik Aku..


Jika Lailatul Qadar Milikku,
Ku Sujud Syukur Di hadapan Tuhanku,
Menangis Memohon Kehidupan Indah Buatku,
Agar Menjadi Hamba Allah Yang Setia Selalu,
 Jika Ramadhan Ini Terakhir Buatku,
Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,
Pada-Nya Ku Merintih Mengadu Tanpa Malu,
Agar Husnul Khatimah Di Akhir Hidupku.

Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,
Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,
Menyemai Perasaan Bertuhan Di Sejadah Solatku,
Memohon Munajat Sepuas Hatiku.

Kebaikan Seribu Bulan Yang Dianugerahkan Itu,
Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Qalbu,
Sudah Ku Dambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,
Mana Mungkin Akan Ku Sia-Siakan Ia Berlalu Sayu.

Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,
Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Subuh Berlalu,
Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui Malaikat-Mu,
Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu...
                                   

Isnin, 15 Ogos 2011

sAaT rInDu bErbIsiK


Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.
15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.
“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...
”Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.“Mestilah abang rindu isteri abang...” Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.
Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.
“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya.
”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”,Haris menjawab panjang.
“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”, Norman mengusulkan cadangannya.
Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul.
Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. ”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.
“Tak ada rezki lagi mak...”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.
Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. ”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.
Haris mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...”, jawab Haris. “Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan. “Tengoklah macam mana mak…”, Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.
Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.
Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu.
Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik,“Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan.
Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.
Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.
Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.
Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya, kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor, Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.
Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa.
Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.
”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi? Nurul rasa risau sangat...”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.
”Tidur rumah Norman...”, jawab haris ringkas.
“Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”. Haris mengangguk perlahan.
“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.
Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”, Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.
Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.
Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.
“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.” Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.
Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf.
Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.
Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya.
Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.
Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjau, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul.
Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.
“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”
Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis.
“Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”
Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.
”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”
“Alhamdulillah...”, Haris mengucap syukur.
“Isteri saya macam mana doktor?”
“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”
Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya.
Nurul yang masih lemah memandang Haris.
“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…”Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.
“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”, Nurul menjawab kemudian terlena kerana berasa terlalu penat.
Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri....