Duhai muslimah,
Dirimu sehalus dan selembut ciptaan,
Dihiasi kelembutan dan sifat keibuan,
Takut dan malu pendinding diri,
Tiada diberi pada lelaki,
Titisan air matamu yg jernih,
Membuktikan kehalusan fitrah duniawi.
Muslimah......
Dirimu ibarat jambatan bunga,
Yang menghiasi gapuran istana,
Senyum tawamu adalah penawar,
Kepada hati yg dirundang malang.
Muslimah.....
Peliharalah anugerah illahi,
Bajailah kemurnian di hati,
Halusi budi pekerti,
Jadilah muslimah yg sejati
Dunia dan akhirat diberkati,
Muslimah......
Tabahkan hatimu menempuhi dugaan,
tenangkanlah dirimu dalam kesedihan,
Redhailah segala ketentuan,
Semua yg berlaku adalah suratan,
Menguji keimanan setiap insan,
Tanpa ujian tiada kekuatan,
Kekuatan lahir dari dugaan,
Muslimah....
Matanglah dirimu dengan seribu pengalaman,
Pengalaman mengajar erti pengajaran,
Setiap insan berbeza rintangan,
Diuji illahi mengikut ketabahan,
Tempuhilah dgn penuh kesabaran.
Muslimah.....
Usah menangisi setiap kesusahan,
Usah melampaui dengan kesenangan,
Usah berbangga setiap kejayaan,
Usah kecewa dgn kegagalan,
Usah merungut setiap kejadian,
Usah takbur dengan kelebihan,
Usah malu dengan kekurangan,
Kerana semua itu hanyalah ujian,
Menguji seteguh mana iman.
Muslimah....
Meskipun keadaan berubah mengikut zaman,
Al-quran dan Sunnah tetap jadi pengangan,
Jangan dibiar iman bergocangan,
Perjuangan mesti diselesaikan,
Martabatkan Islam sepanjang zaman,
Pertahankan amanah Rasul junjungan,
Fatimah,Siti Khadijah dan Masyitah jadikan teladan,
Moga hidup dunia akhirat jadi idaman..
Sabtu, 13 Ogos 2011
diAri sEoRAnG mUsLimAh
Posted by aishah umairah at 11:02 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 comments:
Catat Ulasan