Assalammualaikum w.b.t
Diharap agar kita dapat sebar-sebarkan risalah ini kepada rakan2 muslimah atau adik2 perempuan kita...insyaAllah punya manfaatnya.
peringatan buat saudariku...
Saudariku.......Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk adam yg bengkok menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sangn kumbang mendekatimu namun......
Tidak semua bunga senang utk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yg memagari dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauun warnanya yg memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang...tapi awas duri yg melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir bebarapa kali utk mendekatinay....
Saudariku...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.bentenglah dirimu dgn perasaan malu yg bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kpd Allah..
Hiasilah wajahmu dgn titisan wuduk..ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kpd lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya..
sesuatu yg tertutup....itu lebih berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah umpama yg didedah buat perhatian umum dgn permata yg diletakkan dlm stu bekas yg tertutup...sudah pastinya keinginan utk melihat permata yg tersembunyi itu melebihi drpd yg terdedah, wanita solehah yg taat dan patuh kpd Al-khaliq dlm melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama adam...
Namun ia memerlukan pengorbanan dari mujahadah yg tinggi krn ianya bercanggah dgn nafsu serakah yg bersarang dlm dirimu lebih2 lagi 'tittle' gadis yg kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar keimanan yg ada..
Namun ingatlah saudariku...sesiapa yg inginkan kebaikan maka Allah akn memudahkan baginya jalan2 kearah itu, yg penting gadisku engkau mesti punyai azam,usaha, dan istiqomah...
Saudariku...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakkan lelaki...seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yg membentengimu..sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu.
"Tidak ada suatu fitnah yg ada lebih besar yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca daripada perempuan"
Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai diantara kamu yg tewas krn cinta.....Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yg salah, krn cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta..
Benarlah sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya cinta itu buta".Cinta itu mampu membutakan mata dan hati dalam meletakkan cinta itu di dasar nafsu dan tidak kerana Allah S.W.T....
Sebelum kau mendekati cinta.cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik, yg berasal drpd setitis air yg tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yg direncanakan Allah...
Semoga disana mampu melahirkan rasa dan kehebatan terhadap-Nya dan timbul rasa cinta kasih pada Penciptamu....
Saudariku....
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi kerana hati yg pecah dan retak apabila duberikan kpd makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kpd Allah sudah pasti ia akn bertaut kembali. Dalam seusiamu siapkanlah dirimu dgn ilmu yg mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu....
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yg melakukan maksiat..
Buat akhirya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama : "cintaikan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yg abadi utk seseorang insan.kecewa,menderita dan terseksa..Oleh itu tidak ada suatu pun yg dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yg kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri"
".......antara tanda keberkatan seseorang wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya....."
Sabtu, 13 Ogos 2011
kIsAh wAnitA
Posted by aishah umairah at 1:26 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan